Sabtu, 31 Mac 2012

TESELASI GEOMETRI 2D


TESELASI GEOMETRI 2D
Definasi.
                Teselasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu tessellation namun menurut Math Forum perkataan tersebut berasal dari bahasa Yunani tesselete. Tesseres di dalam Bahasa Inggeris pula membawa maksud empat.
 A tessellation is created when a shape is repeated and covers a plane without any gaps or overlaps. All of a regular polygon's angles and sides are congruent. If we tessellate the Euclidean plane with a regular polygon, the tessellation is a regular tessellation .Only three regular polygons can tessellate the Euclidean plane: triangles, squares, or hexagons. Since the regular polygons in a tessellation must fill the plane at each vertex, the polygon's interior angle measure must be an exactdivisor of 360 degrees. This only works for the triangle, square, and hexagonanl is the reason why only they can tessellate the Euclidean plane. Some tessellations are made with figures of animals such as birds. M.C.  Escheris  famous for his work with tessellations including ones with animals. Some link share included to show more about tessellations.
Read more:http://wiki.answers.com/Q/What_is_a_tessellation#ixzz1Vhzkp4Lg

Teselasi secara mudah bolehlah diertikan sebagai  corak yang mencakupi permukaan satah dengan memasang bersama-sama dari bentuk asas yang sama yang telah diciptakan oleh Alam dan bentuk. Contoh-contoh susunan dari corak heksagonal mudah seperti sarang madu lebah atau lantai seramik.

                                       
                                                  Contoh susunan heksagonal mudah – sarang lebah madu

Teselasi 2D juga boleh didapati pada corak-corak batik, rekaan motif dan syiling bangunan setempat.

                                                        
                                                                          Contoh teselasi dalam rekaan corak batik.

Antara contoh-contoh teselasi yang sering ditemui adalah Teselasi Sekata, Teselasi Separuh- sekata dan Teselasi Bukan-sekata.
Teselasi Sekata
Teselasi Sekata merupakan sepenuhnya dari poligan sekata kongruen semua pertemuan bucu bertemu bucu. Segitiga sama sisi, segiempat tepat dan segi enam merupakan teselasi sekata yang selalu digunakan. Sebagai contoh segitiga dan segi enam.
Teselasi Separuh-sekata
Teselasi Separuh-sekata adalah dua atau lebih polygon sekata yang dicantumkan bersama- sama dan apabila disusun di dalam kitaran yang sama mengelilingi setiap bucu yang dapat menghasilkan pelbagai kombinasi. Segi tiga sama sisi, segi empat sama sisi, segi enam, octagon dan dodecogons. Berikut ada contoh teselasi separuh-sekata.
 Teselasi Tidak sekata
Teselasi tidak sekata adalah di mana tiada halangan dalam susunan polygon.

Langkah-langkah menghasilkan teselasi.
Langkah 1.
Memilih satu corak geometri sebagai asas ;
                Melakarkan garisan-garisan mengikut ukuran yang ditetapkan dengan menggunakan pensil. Seterusnya membuat bentuk segi empat dengan mencantumkan garisan pada setiap penjuru. Buat sehingga penuh mengikut citarasa corak yang dikehendaki.


Langkah 2.
Memilih medium warna yang sesuai. Pada langkah ini saya menggunakan pensil warna kerana ia mudah digunakan, murah dan tidak comot;
Saya ambil ini dari dalam beg sekolah anak saya.
Langkah 3.
Seterusnya memilih warna yang sesuai dan sepadan.
                Warna pilihan dan kegemaran saya ialah merah, biru dan kuning kerana warna-warna ini terdapat pada bendera Negara kita Jalur Gemilang.


Langkah 4. 
Tentukan kedudukan warna pilihan pada ruang yang terpilih dan terus warnakannya
.
                                      

Teruskan mewarna tanpa jemu.. 

       
Langkah 5.
Pastikan terus mewarna sehingga siap sepenuhnya;
Sesudah itu dilaminatekan. Maka sempurnalah kerja kursus yang ini.

Refleksi.
Kerja kursus ini pada awalnya nampak mudah namun apabila ingin memulakan sahaja proses pembikinannya saya mengalami sedikit kesukaran untuk menentukan berapa besarkah? Berapakah jarak yang diperlukan? Masalah ini tidak terhenti setakat itu sahaja, saya perlu membuat sedikit kira-kira untuk mendapatkan jumlah jarak setiap garisan melintang dan membujur agar tepat supaya hasilnya nampak cantik.
Setelah siap saya tidak tunggu lama untuk mula mewarna. Dari mana saya harus mula mewarna? Warna apa yang harus saya pilih? Bagaimana hendak menghasilkan yang terbaik dan kreatif? Berapa lamakah masa diperlukan? Semuanya kekok kerana sudah lama meninggalkan dunia mewarna ini. Namun saya teruskan juga sehinggalah selesai.
               




















            

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN  HUSSIEN ONN
Kohort 2  Ambilan Feb 2012


Kerja Kursus Literasi Nombor WAJ 3105


Nama                          :           SHAMSUL  BIN  TALIB
No.Kad Pengenalan :           700610 - 01- 5857
Program                     :           PPG  Kohort 2  ambilan Feb 2012  ( SEM 1 )
Opsyen                       :           PENDIDIKAN SENI VISUAL  ( Kump.2 )
Tajuk                           :           REKAAN GEOMETRI TESELASI 2D
Pensyarah                  :           PUAN NORLIHA BINTI JEMAIN
Tarikh                         :           31.03.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan